SEJARAH

 SK SERI BEKOK





PENUBUHAN
Sekolah Kebangsaan Seri Bekok ditubuhkan pada tahun 1965. Bermula sebagai
Sekolah Dewasa bagi tujuan membasmi buta huruf,ia beralih fungsinya kepada
sebuah sekolah rendah. Lokasi asalnya di tebing Sungai Bekok telah berpindah
ke lokasi kini setelah Penghulu Mukim Bekok ketika itu, Allahyarham Ismail
Bin Alam telah menghadiahkan sebidang tanahnya untuk didirikan sebuah
bangunan kekal lengkap dengan sebuah padang.
PERASMIAN

Sekolah ini telah dirasmikan pada hari Ahad, 9 September 1975 (6 Zulkaedah 1395) oleh
En. Abdul Kadir B. Talib, Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran pada masa itu.

                       LOKASI

Jarak sekolah dari Bandar Segamat adalah kira-kira 65km atau 45 minit perjalanan.
Pekan yang terdekat adalah Pekan Chaah (14km) dan Labis (26km). Di Pekan Bekok
mempunyai sebuah stesen keretapi yang menghubungkan Pekan Labis (menghala
ke Gemas) dan Pekan Paloh (menghala ke Johor Bahru). Di sini terdapat sebuah kawasan
reakreasi Air Terjun Sungai Bantang (8km) dan sebuah Taman Negara Endau-Rompin
(Selai) (22km).



                   PETA LOKASI



             VISI DAN MISI SK SERI BEKOK


VISI 

Sekolah Kebangsaan Seri Bekok Menjadi Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang

 MISI 

Membangun Potensi Individu Melalui pendidikan Berkualiti 



                                   LAGU SEKOLAH


                ILMU SULOH HIDUP

Seri Bekok berjaya
Dikau nama tercinta
Menabur jasa
Akan kami ingati
Akan kami sanjungi sehayat kami
Agama Islam jadi pegangan
Rukunegara kami tegakkan
Sekolahku tercinta
Tempat kami menimba
Segala ilmu
Akan kami ingati
Akan kami sanjungi sehayat kami
Akan kami sanjungi

WAKTU PERSEKOLAHAN

 Isnin hingga Khamis                 : 7.20 pagi hingga 1.10 petang
Rabu & Khamis                          : Ko-Kurikulum 1.10 petang hingga 2.10 petang
Jumaat                                      : 7.20 pagi hingga 12.10 tengah hari 

No comments:

Post a Comment